Jumat, 16 Desember 2011

Cara Buat Read More pada blog 2

Mempunyai fungsi 'read more' adalah antara perkara yang perlu diaplikasikan pada sesebuah blog. Ini kerana rata-rata pemilik blog akan menaip entri yang boleh dikategorikan sebagai 'panjang'. Dengan mempunyai fungsi read more, keseluruhan entri dapat diringkaskan supaya ianya lebih memudahkan.
Cara Buat Read More pada blog

Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan fungsi 'read more' pada blog.

1. Login, daripada dashboard klik layout > edit html.
Cara Buat Read More pada blog

2. Pastikan anda backup template dahulu dengan klik 'Download Full Template' kemudian klik pada 'expand widget templates'.

3. Pada keyboard anda, tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian taip
<data:post.body/>
Cara Buat Read More pada blog

4. Letakkan kod ini di atas <data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

5. Kemudian letakkan kod ini di bawah <data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

Read more...
</b:if>
</b:if>

Nota: kod anda sepatutnya kelihatan seperti ini.
Cara Buat Read More pada blog

6. Selepas selesai letak code, Save Template.

7. Kemudian, daripada paparan dashboard, klik pada Setting > Formatting kemudian scroll ke bawah sehingga jumpa Post Template.

8. Copy code berikut ke dalam Post Template

9. Save Setting

10. Pergi kepada paparan untuk post entri, dalam ruangan post entri klik pada 'edit html' dan akan anda jumpa code tadi. Kandungan yang ingin diletakkan dalam ruanagn read more perlu terletak antara  dan

11. Apabila siap menaip, klik publish..

0 komentar:

Posting Komentar