Jumat, 16 Desember 2011

Bagaimana Letak Kod HTML/javascript

Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog samada menukar template, memasang widget yang telah disediakan oleh blogger.com ataupun meletakkan sumber² lain dari luar yang biasanya melibatkan kod html/javascript.
Selain untuk menghias blog, kod html/javascript juga mempunyai fungsi² lain bergantung kepada tujuan apa kod itu dihasilkan.
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


Penambahan yang ingin dilakukan biasanya akan melalui perkara yang sama iaitu kod yang diperolehi perlu di 'paste'kan di ruangan html/javascrip.

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod html/javascript bagi sesebuah blog.


1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'
UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN

Bagaimana Letak Kod HTML pada blog



2)Setelah anda klik 'design', dia akan auto masuk bahagian 'page element'. Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog



3)Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML/javascript", kemudian klik pada "+"

Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


4)Satu paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


5)Siap. Anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview. Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada mana² kawasan page element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.:).
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog

0 komentar:

Posting Komentar